Teknologi dan Disleksia

Dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran Disleksia, guru perlu arif dan peka dengan keperluan-keperluan pembelajaran kanak-kanak ini. Guru juga perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik serta bahan bantu mengajar dalam pengajaran bagi memastikan keberkesanan sesuatu pembelajaran.

By ainiliyanamohdzailan87

Teknologi Dalam Pendidikan Kanak-kanak Disleksia

Persatuan Disleksia Malaysia telah ditubuhkan khas untuk memberikan pendidikan atau pengajaran tanpa tekanan dan saingan dengan pelajar normal yang lebih cepat dalam menerima apa yang diajar oleh guru-guru di dalam kelas. Pusat Disleksia Malaysia (PDM) ditubuhkan pada tahun 1999 dan terdapat sebanyak 9 buah pusat yang telah beroperasi. Salah satu daripadanya terletak di Ampang.  Setiap 5 orang pelajar akan ditempatkan dalam 1 kelas di mana seorang guru akan mengajar 3 subjek (Bahasa Melayu, English dan Matematik) pada kelas yang sama setiap hari. Ini bertujuan untuk menimbulkan kemesraan antara pelajar dan guru supaya mereka lebih selesa untuk belajar. Pembelajaran akan difokuskan kepada auditori (pendengaran), sentuhan dan sebutan. Kanak-kanak disleksia yang mempunyai masalah menulis disebabkan masalah motor halus. Jadi mereka didedahkan dengan permainan praktikal seperti blok dan tanah liat. Guru-guru di PDM ini juga akan mengajar pelajar melalui kaedah blok-blok huruf yang diletakkan di hadapan mereka dan memberikan penjelasan tentang perbezaan huruf-huruf tersebut. Contohnya a dan d, dan p dan b.

PDM

Pusat Disleksia Malaysia.

gpdm

Guru di Pusat Disleksia Malaysia sedang mengajar kanak-kanak disleksia

kpdm

Salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan di PDM

bbmpdm

Bahan bantu mengajar yang digunakan

Teknologi telah mempengaruhi bidang pendidikan kanak-kanak disleksia di mana, guru-guru di PDM ini turut menggunakan animasi interaktif yang dihasilkan oleh www.nessy.comLaman web ini memberikan kemudahan kepada guru-guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak disleksia di mana terdapat permainan yang boleh memperbaiki kelemahan mereka untuk mengeja, mengira dan menyebut. Antara contoh permainan atau game yang terdapat di dalam laman web ini ialah;

  •  Nessy Learning Programme : Kemahiran mengeja.
  • Hairy Phonic : Melatih untuk memperbaiki sebutan.
  • Tables of Doom : Mengajar mereka dalam pengiraan.

Selain itu terdapat pelbagai permainan yang boleh mengajar mereka pelbagai perkara lain seperti game Clock Island yang mendidik mereka untuk menyatakan masa dan waktu. Terdapat pelbagai permainan yang boleh merangsang pemikiran dan pemahaman kanak-kanak disleksia terdapat di laman web ini. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli software yang dijual oleh Syarikat Nessy ini dan memuat turun software tersebut ke laptop atau computer mereka.

 

Malaysia juga turut menghasilkan software yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia iaitu Perisian Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Perisian ini telah dihasilkan oleh Dr Vijayaletchumy Subramaniam yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perisian ini telah menggunakan 6 kaedah mengeja berteraskan Ortongillingham Phonogram. Ia membantu mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza.

dr.vijaya

Dr. Vijayaletchumi Subramaniam menunjukkan perisian ciptaannya

Perisian ini telah pun berada di pasaran dengan harga RM250. Perisian ini berbeza dengan perisian yang lain kerana ia dihasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan membolehkan kanak-kanak disleksia lebih mudah faham. Perisian ini juga menggunakan teori Levinson dan ia sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 9 tahun. Perisian ini dicadangkan untuk digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru-guru dan ibu bapa.

 

Kanak-kanak disleksia malangnya masih ramai terdapat di negara kita. Pelbagai masalah atau kekangan yang menyebabkan masalah ini berlaku walaupun teknologi semakin canggih dalam memperbaiki system pendidikan mereka. Salah satu kelemahan bagi system pendidikan kanak-kanak disleksia ini adalah tiada tajaan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Segala pembiayaan bagi pendidikan kanak-kanak disleksia ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dengan kadar yuran berjumlah RM450 sebulan. Setakat ini, PDM dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa syarikat korporat.

 

Ini menimbulkan persoalan dan pertanyaan kepada sesetengah atau segelintir masyarakat. Adakah sistem pendidikan yang sempurna dan teknologi yang canggih hanya mampu diberikan kepada kanak-kanak disleksia yang datang daripada keluarga yang berkemampuan atau berpendapatan tinggi. Memandangkan yuran di sekolah khas amatlah mahal.

kom

Teknologi yang sering dianggap sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang baik tidaklah selalunya menggambarkan kebaikan itu sendiri. Malahan timbul pelbagai persoalan dan perbandingan mengenai perubahan dan perbezaan yang dibawa oleh arus perkembangan teknologi ini.

 

Contoh yang paling utama, adalah penerimaan masyarakat mengenai alat teknologi itu sendiri. Adakah kesemua masyarakat memerlukan teknologi? Adakah kesemua masyarakat yang memerlukan teknologi itu memahami alat teknologi itu? Sebagai contoh teknologi dalam pendidikan disleksia ini, tidak kesemua kanak-kanak mampu memahami dan mampu menggunakan alat teknologi yang diperkenalkan dalam memudahkan system pembelajaran mereka. Terdapat kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan komputer dengan baik dan tidak memahami apa yang diberikan oleh alat itu.

whiteboard

Tahap penerimaan sesebuah teknologi itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap pengetahuan, taraf ekonomi dan kemudahan fizikal. Seperti yang kita tahu, alat-alat teknologi tidaklah dijual atau diperoleh dengan harga yang murah, ia memerlukan kos yang tinggi. Tambahan pula ia haruslah dikendalikan dengan pemahaman yang mendalam serta kepakaran yang tinggi. Golongan yang tentunya terbeban dengan perkara sebegini adalah golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.

 

Ia mengakibatkan jurang digital atau gap yang sedia ada semakin bertambah. Hanya yang pandai menjadi semakin pandai, manakala yang lembab menjadi semakin lembab. Tambahan lagi, tidak semua teknologi dapat digunakan oleh semua masyarakat yang memerlukan. Ia dipengaruhi oleh tahap informasi masyarakat tersebut dan tahap kebolehgunaan alat teknologi tersebut dalam golongan mereka.

 

Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bilangan kanak-kanak disleksia tidak diberi pendedahan mengenai alat teknologi yang mungkin boleh membantu mereka dalam pembelajaran. Namun, disebabkan kurangnya pendedahan dan informasi, kanak-kanak tersebut terpaksa menerima kaedah pembelajaran secara biasa. Perkara sebegini haruslah difikirkan sebaik mungkin kerana teknologi tidak selalunya membawa bermacam-macam kebaikan namun juga boleh menyebabkan beberapa golongan semakin terbeban dan ketinggalan.

 

Sumber –sumber:

1. www.dyslexiamalaysia.org.my

2. www.dyslexia.com

3. www.greatschools.org

4. www.kosmo.com.my (26 September 2012)

5. www.propintar.com

6. www.utusan.com.my (15 Ogos 2011)

By ainiliyanamohdzailan87

Masalah Pembelajaran Disleksia

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

  1. kebolehan kognitif
  2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
  3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
  4. penguasaan membaca
  5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
  6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

  1. Ciri-ciri fizikal
    Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  2. Ciri-ciri intelek
    Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
  3. Ciri-ciri sosial dan peribadi
    Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

    RASIONAL

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

    MATLAMAT
    Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

    OBJEKTIF
    Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

    1. Menguasai kemahiran komunikasi
    2. Menguasai kemahiran bergaul
    3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
    4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
    5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
    6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
    7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
    8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
    9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
    10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia  dirujuk pada beberapa ciri. Antaranya ialah kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar da tepat (kesukaran meniru tulisan pada papan tulis atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami ‘disleksia perkembangan’ ialah kanak-kanak yang kurag baik membaca berbanding kanak-kanak yang lebih muda daripadanya. Mereka kerap kali ditempatkan di kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M  iaitu membaca, menulis dan mengira.

 

By ainiliyanamohdzailan87

Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran :-

  • Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
  • Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
  • Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
  • Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
  • Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
  • Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  • Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
  • Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran.
  • Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran.
  • Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
  • Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
  • Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:

i. sebelum kegunaan – merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.

ii. semasa kegunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu  pembelajaran.

iii. selepas kegunaan – merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

  • Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
  • Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
  1. pengenalan topik
  2. perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
  3. penutup dan kesimpulan topik pelajaran
  4. penilaian kefahaman terhadap topik
  • Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran.
  • Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
  • Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
  • Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
  • Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
  1. Alat yang dapat menjelaskan idea – idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
    Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
  2. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
    Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
  3. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
    Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
  4. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
  5. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.
By ainiliyanamohdzailan87

Teknologi Dalam Pendidikan Khas

 

1.0 PENGENALAN 

Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usahamembantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( MultimediaSuper Corridor ) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat pentingke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat,peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsadan pentadbiran yang lebih bersistematik.

 

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapatdikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar didalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman merekadalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusahamenyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4 mata pelajaran iaituMatematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakanoleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuansebagai fasilitator di kalangan pelajar.

 

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja pada zamankini.Teknologi maklumat ini dapat mempermudahkan tugas sertameningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerjapengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi merupakanisu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnyapengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-gurudalam membentuk generasi yang akan datang.

 

Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolahperlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat,menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.Pendekatan pengajaran secara tradisional secara pembelian nota-notaseharusnya dikikis dari pemikiran guru sebaliknya guru-guru perlu dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumatmelalui komputer.

 

Pengajaran dan penggunaan komputer ( PPBK ) ini adalah aturcarakomputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untukmembantu seseorang belajar.Mikrokomputer digunakan untukmenyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada programyang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan programkomputer atau perisian melalau terminal.

 

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputermemerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu.Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan pelajar dengan kebolehandan minat yang berbeza dapat menggunakan teknologi komputer sebagaialat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran merekaSelain itu, pendekatan ini juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yangkeluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan perananmereka secara berkesan untuk memajukan masa depan negara yangberteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat ini.

By ainiliyanamohdzailan87

Teknologi Pendidikan

Selamat Berkunjung ke blog Teknologi Pendidikan : Masalah Pembelajaran (Disleksia)

Meet my new pet and feed it by clicking your mouse in the box. Enjoy feeding my hamster!..  secara link.

 

Pengenalan

Blog ini adalah sebuah blog yang diwujudkan khusus untuk tujuan pembelajaran. Blog ini juga dibina bagi memenuhi proforma atau syarat bagi kursus Teknologi Pendidikan (GGGE2153). Antara perkara-perkara yang dimuatnaik dan dikongsikan dalam blog ini adalah berkaitan teknologi pendidikan, masalah pembelajaran : Disleksia, serta tugasan-tugasan individu dan tugasan kumpulan bagi kursus GGGE2153. Segala perkongsian ilmu dan maklumat di dalam blog ini diharap dapat memberi seribu satu manfaat kepada semua.

Definisi Teknologi Pendidikan

Maksud ‘Teknologi’

Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia

Teknologi daripada perkataan latin; “Teknos” – Teknik/cara/kaedah; “Logos” _ Kaji/belajar/ ‘Study’

• ‘Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara’ atau
• Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan.

Teknologi dalam Bahasa Yunani dari perkataan “techne” – kemahiran

Mengikut Galbraith (1967), …the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.

…kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?

Pendidikan ialah “usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia”

Pendidikan juga adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan.

Teknologi Pendidikan

Mengikut Crowell (1971), Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1988)

Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Bahagian Teknologi Pendidikan 1991)

By ainiliyanamohdzailan87